Thursday, January 26, 2012

Kiamat tahun 2012????

Di surat khabar kosmo hari ini ada mengeluarkan tajuk artikel berkenaan "Berdosa Percaya Ramalan Kiamat"...Pada tahun 2009 dulu pernah ditayangkan movie bertajuk "2012" arahan Roland Emmerich..

ni lah filem yang mengembar bemburkan ttg kiamat tuh... hmmm




saya sempat lah menyaksikan cerita movie science fiction ini bersama2 kawan sepejabat dulu.. (time tu dok jauh ngn suami tgk wayang dgn member2 la).. So cerita dia berkisarkan tentang tanda2 awal dunia akan melalui fasa kehancuran yang melampau disebabkan perubahan suhu yang tinggi di kerak bumi yang mungkin boleh mendatangkan perubahan geografi pada bumi..

disebabkan dalam movie tu adalah movie hollywood yang buat dan Amerika adalah negara yg kononnya kuat dan berkuasa di dunia.. maka Presiden Amerika dan kuncu-kuncu negara yg berkekutu dgn dia (konon2 negara2 hebat di dunia, malangnya Malaysia tidak termasuk) telah melancarkan 1 projek yang Mega iaitu membina beberapa buah "Kapal Besar" atau lebih dikenali sebagai "Ark" yang hanya boleh memuatkan 400,000 org untuk survival keturunan manusia.. kerana banjir besar akan melanda.. (mcm cerita nabi nuh je)


dalam plot movie nie ada jugak diselitkan dgn puak Mayan yang terdahulu pernah meramalkan bahawa dunia akan hancur pada 2012.. hmmm.. kadang2 kolot jugak org2 nie ye.. masih percaya kepada ramalan.. so dalam movie nie ada lah dimasukkan unsur2 kekeluargaan, pengorbanan, kekecohan dan sebagainya.. macam2 yang dibuat org yang kononnya nak survive sb xmahu mati.. so bla... bla... bla... rasanya xperlulah cerita details ttg konflik yang ada dalam movie nie..

hmmm...cuma pada pandangan saya ending dia mmg xbes... kalau kata kiamat.. xmungkin akan ada yang survive.. walaubagaimana sekalipun kita bina kapal besar ke apa ke... setiap yang hidup akan dimatikan semuanya tanpa ada yang tertinggal.. jadi cerita Hollywood mmg mesti ada nyg jadi hero.. then tiba2 kapal berlayar sampai ke Afrika selatan(tanjung  harapan)... harapan untuk terus hidup la kot..



so cerita nya yang terlampau futuristik dgn pembinaan kapal yang besar yang memuatkan 100,000 org manusia dlm sebuah kapal.. dan cerita ni bg saya diskriminasi kepada bangsa2 dunia yang miskin yang tidak mampu untuk menyelamatkan diri kerana xda kapal besar yang dibuat untuk org2 miskin... so mcm xda nilai je org2 miskin sedangkan manusia semua sama..  hmmm xpatut betul..

so kesimpulannya.. jangan nak percaya cerita karut marut tentang kiamat akan terjadi pada tahun2012...

kita mmg tahu kiamat akan datang tapi tidak seorang manusia pun yang tahu bila kiamat itu akan melanda dunia kita..ye mmg kita sudah berada di akhir zaman... kita perlu lah bersedia menghadapinya... boleh jadi esok, lusa, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi atau mungkin 100 tahun lagi.. tp semuanya Allah swt yang tahu...  Dia yang Maha Mengetahuinya.. Wallahualam...

No comments:

Post a Comment