Sunday, November 4, 2012

I wanna be super skinny

Have u ever feel, u are very frustrated with your body? Well i did..

i don't know, feeling so depressed, and it makes me calculating every single thing what ever i eat..

I don't have the super model look, well i am not tall and skinny.. i am only 5' 1" with mommy belly and big fat thighs... look so horrible even if i wear a baju kurung...

Now i am planning on a new diet.. it looks pretty unhealthy but WHAT THE HECK?? i don't care as long as i can be super skinny... well of cause, this diet plan still need protein in it.. if not i would loss a mass of muscles.. (do i have any?? i think i only contain fat.. ugly fat)

Most of my friends say i am not that fat.. but the reason i want to be skinny is cause i want to look good, feel good... yeah, i know i am not that fat,  just every time i buy new cloth or jeans.. it doesn't fit on me... feeling again frustrated..

I can't lie to myself.. if only, some people understand how i feel... starting from now on.. no more carbs... i am cutting all the carbs... no more rice, no more bread, no more anything...

I only will eat fruits, vege, lean protein and of coz low fat milk... no more sugar or any treats...

If i can make this happen.. then i will be happier... be strong Yana be strong.....


Day 1
Breakfast
2 half boiled eggs and 1 cup of lime juice without sugar

Lunch
An apple and plenty of water

Dinner
An Apple and plenty of water


Well wish me luck everybody... I wanna be Super Skinny

Thursday, September 27, 2012

Karnival Hijabista 1 Julai 2012

hai semua... dah lama gak xupdate blog... biasalah working wife and mother.. mesti lah bz.. huhu.. entry kali ni nak cerita ttg karnival hijabista yang mmg bes and happening.. serius beb!!! a lot of hijaber popular personalities yg hadir masa tu..

hehhe nak tgk gambar2 nya.. jap ye.. i upload kat sini... mmg bes...

with new fren.. nina a.k.a zarina

suasana at karnival hijabista di grand dorsett subang jaya

ada catwalk for muslimah fashion

with ika pengasas radiusite

cik linda roslan.. very tall la this girl huhu

with rakan2 hijaber n kak farah deeba

bergambar bersama kak farah deeba

bergambar dgn pn mona din pengasas hajaba
bes... dari jam 8.00 pagi smp kul 7.00 ptg.. but i xsempat nk tggu smp pukul 7 ptg... syokkkk... hehhe

Tuesday, August 28, 2012

Raya tahun 2012

Raya.. apa yang bes ttg raya nie??

hmmm.. sb dapat kumpul ramai2 bila time raya la.. semua ahli keluarga dapat berkumpul.. seriuss.. meriah!!!

start nak masak.. pn yana yg konon2 chef terkemuka mulalah menunjukkan skill yang baik punya!!!

masak apa?? saya masak daging dendeng!! bes giler.. sedap beb!! raya kali ini kali ke-2 kot masak daging

dendeng nie.. jap ye upload gambar.. tp xsempat nak amik gambar dendeng yg saya masak dah abis huhu.. i

amik dari

google.. Sorry yekk!!

and resepi yang bes lagi i buat kek tiramisu!! hahaha nak tgk gambar.. but sorry i pakai google jugak sb

xsempat upload abis dah kek i.. ;p
gambar family besar kami... 4 generasi..

anyway tema baju Pn Yana sefamily is purplishhhh!! hahha tp kami 3 beranak Incik Mahayudin dan Incik

Diri from left : Incik Mahayuddin, incik Mohd Firdaus, Incik Mohd Hafiz, Incik Mohd Faris, Pn Norliyana aka Yana Zain, Duduk from left: Cik Nurul Izzati, Incik Ahamd Zainuri aka my Daddyy, Pn Shahrul Bariah aka Mummy, Cik Nurfatin Afiqah
Adam Zaquan pakai color purple (prun color) nak ke color maroon skit.. heheh

selamat hari raya!!






Monday, June 25, 2012

macam best je masuk tv.. huhu.. program safiyya tv9

salam y'all,

saya suka betul bila tgk tv especially cerita safiyya tv9... hehhe 2 minggu lepas pada 17 Jun 2012 (ahad) jam 9.00 mlm.. kami sekeluarga dgn muka yg xmalu masuk tv.. hahaha tp bukan tv tu dipunggah habis msukkan kepala dlm tu tau.. nie real masuk dalam rancangan tv..

hahah syok tapi mcm malu pun ada.. but anyway.. so ceritanya sebenarnya ttg Anak Bapa.. kalo nak ikutkan  saya nie terlalu tua nak jadi anak bapak nie.. hahahah.. tp disbkan saya mmg rapat and sgt la sama perangai kitaorg dua org nie.. maka saya ialah anak bapak... 


hahah nak tgk x the making of segmen anak bapa.. jap ye upload gambar yg konon2 nyanyi mcm sedap tu.. nasib baik suara katak xkeluar abis dlm tv tu.. kalau x kompom org tutup tv cepat2 bila pn yana nie nyanyi... kahkahak..
aduh punya la zoom muka kat pn yana nie... dah la saya nyanyi pun dah lari tune... waaaa...

bersama-sama ahli keluarga.. semua dpt masuk tv.. adam zaquan, mahayuddin (hubbyku) termasuk bakal adik iparku (siti lanterah)hahaha... bukan calang2 tau safiyya tv9


rupanya mcm nak sama tinggi je anak2 pompuan pakcik ahmad zainuri ni ye.. but apa2 pun saya tetap lebih tinggi dari adik2 hahha


giler glamer x?? huhuhu... konon je tu... pakai tudung pun suka hati je.. x sompat nak betulkan.. hehhe... but anyway its a great experience... oh ye.. yang pakai baju merah tu la my daddyyyyyyy!! muahahahahah... he is the star of that day...


bubyeeee...

Monday, February 20, 2012

Anak ku Adam Zaquan...

adam dan mama di melaka..

setiap ibu bapa masing2 punya cerita yang bes ttg anak... saya tidak terkecuali... anak saya bernama adam zaquan.. umur ketika ini setahun 6 bulan... jika semua kanak2 suka kepada barang permainan.. adam suka dgn buku dan tv.. hehe especially buku yg ada gambar baby dan cerita ttg boboiboy... hmmm...

dan disebabkan boboiboy... adam cuba untuk melarikan diri dari rumah dgn mengambil kasut dan cuba membuka pintu... bapa kepada adam iaitu Enche Mahayuddin bin Abdullah telah memarahinya hehhe (marah manja je pun) keran terlampau asyik dgn cerita boboiboy...




hehhe ini lah cita boboiboy tu... hmmm mama adam sampai dah hafal episod2 yg menjadi favourite adam.. adoyai... tp bes tgk anak membesar... mcm2 perangai yang boleh dilihat ketika umur 1-2 tahun nie... comel tul.. heheh apa2 pun muah adam.. i lov u...

Thursday, January 26, 2012

Kiamat tahun 2012????

Di surat khabar kosmo hari ini ada mengeluarkan tajuk artikel berkenaan "Berdosa Percaya Ramalan Kiamat"...Pada tahun 2009 dulu pernah ditayangkan movie bertajuk "2012" arahan Roland Emmerich..

ni lah filem yang mengembar bemburkan ttg kiamat tuh... hmmm




saya sempat lah menyaksikan cerita movie science fiction ini bersama2 kawan sepejabat dulu.. (time tu dok jauh ngn suami tgk wayang dgn member2 la).. So cerita dia berkisarkan tentang tanda2 awal dunia akan melalui fasa kehancuran yang melampau disebabkan perubahan suhu yang tinggi di kerak bumi yang mungkin boleh mendatangkan perubahan geografi pada bumi..

disebabkan dalam movie tu adalah movie hollywood yang buat dan Amerika adalah negara yg kononnya kuat dan berkuasa di dunia.. maka Presiden Amerika dan kuncu-kuncu negara yg berkekutu dgn dia (konon2 negara2 hebat di dunia, malangnya Malaysia tidak termasuk) telah melancarkan 1 projek yang Mega iaitu membina beberapa buah "Kapal Besar" atau lebih dikenali sebagai "Ark" yang hanya boleh memuatkan 400,000 org untuk survival keturunan manusia.. kerana banjir besar akan melanda.. (mcm cerita nabi nuh je)


dalam plot movie nie ada jugak diselitkan dgn puak Mayan yang terdahulu pernah meramalkan bahawa dunia akan hancur pada 2012.. hmmm.. kadang2 kolot jugak org2 nie ye.. masih percaya kepada ramalan.. so dalam movie nie ada lah dimasukkan unsur2 kekeluargaan, pengorbanan, kekecohan dan sebagainya.. macam2 yang dibuat org yang kononnya nak survive sb xmahu mati.. so bla... bla... bla... rasanya xperlulah cerita details ttg konflik yang ada dalam movie nie..

hmmm...cuma pada pandangan saya ending dia mmg xbes... kalau kata kiamat.. xmungkin akan ada yang survive.. walaubagaimana sekalipun kita bina kapal besar ke apa ke... setiap yang hidup akan dimatikan semuanya tanpa ada yang tertinggal.. jadi cerita Hollywood mmg mesti ada nyg jadi hero.. then tiba2 kapal berlayar sampai ke Afrika selatan(tanjung  harapan)... harapan untuk terus hidup la kot..



so cerita nya yang terlampau futuristik dgn pembinaan kapal yang besar yang memuatkan 100,000 org manusia dlm sebuah kapal.. dan cerita ni bg saya diskriminasi kepada bangsa2 dunia yang miskin yang tidak mampu untuk menyelamatkan diri kerana xda kapal besar yang dibuat untuk org2 miskin... so mcm xda nilai je org2 miskin sedangkan manusia semua sama..  hmmm xpatut betul..

so kesimpulannya.. jangan nak percaya cerita karut marut tentang kiamat akan terjadi pada tahun2012...

kita mmg tahu kiamat akan datang tapi tidak seorang manusia pun yang tahu bila kiamat itu akan melanda dunia kita..ye mmg kita sudah berada di akhir zaman... kita perlu lah bersedia menghadapinya... boleh jadi esok, lusa, 10 tahun lagi, 20 tahun lagi atau mungkin 100 tahun lagi.. tp semuanya Allah swt yang tahu...  Dia yang Maha Mengetahuinya.. Wallahualam...

Wednesday, January 25, 2012

The secret to lose lose weight in 7 days.. rahsia mengurangkan berat badan dalam 7 hari...

Hahaha!! mesti yang ladies2 gadis2 di luar suka sangat nak cari artikel untuk turunkan berat badan.. The question is how to lose weight quickly in a short time??

hah darling2 semua!! i ada petua yang dapat dari majalah dan website yang berkaitan dengan diet dan cara nak mengurangkan berat badan dengan cepat.. mmg berkesan.. hahha tapi kena kuatkan semangat dan tahan lapar..

kalau x, xjadi juga... hahah cubalah hari ini juga (macam iklan makanan pulak) ahakz...


Jadual pemakanan anda selama 7 hari:

1. Hari pertama : makan segala jenis buah-buahan kecuali pisang ye ingat tu "PISANG" dilarang sama sekali... makan lah sebanyak mana sepanjang hari dan minum lah air masak (putih), teh atau kopi tanpa gula (ingat "NO SUGAR") atau jus kranberi takda jus kranberi jus prune pun ok.. igt "NO SUGAR"... dan minum sup pembakar lemak.. (hehhe yg ni i bagi resepinya kejap lagi ok) selalunya hari pertama mmg lapar mcm nak mati la.. heheh tp xmati pun makan buah... hari kedua kita da kurg lapar sikit...


2. Hari kedua : makan lah segala jenis sayur-sayuran, nak masak pun boleh tapi mesti rebus hokayyy... jgn goreng.. nak makan salad mentah pun ok.. (without mayonaise and sos salad).. sayur seperti bayam, sawi, brokoli yang hijau2.. elakkan makan yg berkacang seperti buncis atau kacang panjang atau jagung... pada malam harinya.. sebagai appreciation to your stomach boleh lah makan kentang rebus...  (jgn GORENG okayyy) dan minum sup pembakar lemak...


3. Hari ketiga : gabungkan pemakanan hari pertama dan kedua.. makan buah-buahan dan sayur-sayuran... dan jangan dilupakan sup pembakar lemak... kalau xlanggar pantang larang nya mmg boleh turun 3 kg pada hari keempat.. cayalahhhh.. mengancam uuuu....


4. Hari keempat : makan pisang dan susu low calori.. heheh jgn minum full cream ye.. tembam u nanti... pisang 8 biji je.. bukan satu tandan.. minum susu boleh sebanyak mana yang mahu.. kedua-dua jenis makanan dan minuman ini boleh memberi karbohidrat dan kalori yg diperlukan rasa manis setelah 3 hari program yg jagi vegetarian tu.. hehhehe.. sup pembakar lemak wajib amik.. hhehhe

5. Hari kelima : yeyeh!! boleh makan daging!! kalau xsuka makan daging boleh makan ikan/ayam.. masak panggang atau rebus okkkk.. jgn GORENG!! dan tomato segar sepanjang hari selama 6 biji.... minum air mesti wajib sekurang2nya 8 gelas.. dan jangan lupa sup pembakar lemak..


6. Hari keenam : hampir dah tu.. hehhe makan ikan atau daging, ayam.. macam hari kelima dan sayur-sayuran.. jgn lupa.. sup pembakar lemak jgn lupa hehhehe... 


7. Hari ketujuh : Nasi beras merah, jus buah tanpa gula.. sayur-sayuran beserta sup pembakar lemak.. YEAH!! berjaya!!


skg nie resepi sup pembakar lemak pulak..

Bahan-bahannya:

3-6 biji bawang Bombay (ala Bawang besar yg merah tu) bukan yng color kuning tu, tu bawang Holland
6 biji tomato
1 biji bunga kobis
2 biji lada capsicum.. (kalau xda cili api pun jadik ahkaz)
air..

cara penyediannya:

potong semua bahan2 secara kecil2an dan rebus selama 10 minit atau sampai empuk.. ahahha dah siap.. (jgn lupa makan waktu panas bila sejuk mmg xsdap hahha)


selama 7 hari ini you alll maybe akan lose lebih kurang 6 kg atau lebih hahahha... tapi ada pantang larangnya..

MAKANAN YANG DILARANG:

NASI/ROTI
MINUMAN BERGAS/MANIS
MINUMAN DIET
MAKANAN BERGORENG
GARAM DAN BAHAN PERASA


HAHAH Selamat lah berdiet dan semoga berjaya turunkan berat badan anda... bagitau la nnt bila berjaya ye... kongsi dgn kawan2 lain.. hehhe