Tuesday, September 13, 2011

Aku seorang wanita, isteri dan ibu



Ada beberapa perkara yang perlu dititik beratkan oleh seorang wanita yang belum bergelar isteri dan ibu... apa kata kita pikir dulu... hmmmm


pikirkan masa hadapan hahaha... dan masa tua


1) Sudah bersediakah anda untuk menamatkan zaman bujang anda dgn lelaki yang anda cintai? hahah ada yg pikir 2,3 kali betul ke dia pilihan hatiku?? tanya diri dulu ye...

2) Sudahkah anda bersedia untuk tinggal bersama-sama org yang anda cintai? penting tu nanti dia tgk muka kita baru bangun tido dgn rambut macam singa... x dan la nak kemas2 rambut tu..

3) Bersediakah untuk menangguhkan cita-cita anda? maybe you all nak jadi model ke, atau nak jd pengacara ke atau nak kerja byk masa cari duit dan pangkat ke atau nak sambung belajar ke? tp sebab pasangan belum beri kebenaran xdapat nak kejar lagi... (maybe boleh jadi gadoh tau)

4) Hampir terlupa xboleh lagi nak kuar dengan kawan2 yang berlainan jenis berdua-duaan??nt jd fitnah, dapat pulak yg jenis kuat jeles  kuar dgn member laki ramai2 pun jd isu...hahaha... perempuan semua kena jaga tau.. 

5) ready x nak buat semua kerja rumah?? hehehe kalau dulu mungkin basuh baju kita je, skg nie basuh baju utk 2 orang... nak masak utk 2 org.. belum lagi xkena selera... hahaha... iron baju pasangan.. siapkan everything la..

6) how about bila da ada anak... hahah mmg bes... ready x bila xcukup tido malam?? lampin anak, susu anak, sakit pening anak... hmmm...

7) family mertua kena jaga hati... mak mertua, bapak mertua, ipar duai.. everyone... haha.. jgn sombong ye... awk kawin dgn anak dia bermakna kawin dgn seluruh family nya... jgn abaikan family dia... ok

8) boleh x you all accept kawan2 dia?? penting jugak tu... sapa dia kawan, selalu pegi mana, apa dorg buat?? hahahaha..

9) hobby pasangan.. dapat x accept?? heheh kalu suami yg suka memancing, hobby kereta, hobby main bola, hobby fotografi, hobby sukan extreme... hah, jgn hobby cari collection perempuan sudah...

10) last but not least pasangan punya diri... perangai diri, tabiat dia, cara dia bercakap, cara dia berfikir, cara dia berpakaian.. mcm mana? ada berani?? hahaha



walau apa pun cabaran hadapi lah dgn tenang... consult keluarga dulu, kawan rapat.. tapi jgn terlampau dgr ckp org sampai semua keputusan dipilih org lain ye... hahah yg penting saya sgt bahagia dgn hidup saya... chow cin

Monday, September 5, 2011

Rahsia Kecantikan dan Awet Muda bagi wanita

Post kali ni mesti ada wanita yang amat menyukainya... hehehe.. Berkenaan awet muda... ada beberapa tips dan amalan yang diamalkan wanita-wanita diseluruh dunia...


Wanita Australia..
Yarrow root.. (bahasa melayu xtahu) rahsia cantik wanita australia
Seorang makeup artist di Australia mengatakan "yarrow" estrak (sejenis tumbuhan yang aku pun xtahu) telah digunakan oleh Wanita Aboriginal di Australia (wanita asli di sana) untuk mencegah "stretch marks", kerana sifatnya yang melembabkan dan menghidratkan kulit. Akar "Yarrow"  juga mempunyai sifat "anti-infalmmatory", yang dapat melegakan kulit." hmmmm kat mana ye boleh dapat yarrow root nie? dalam bahasa melayu xtau pulak.. ahakz...




Wanita Chile

Anggur merah rahsia cantik wanita chile

Wanita Chile menggunakan sepenuhnya kuasa anti-oksida daripada anggur merah bagi mendapatkan kulit yang cantik sempurna. Mereka membuat pes dengan menghancurkan anggur dgn menggunakan tangan dan dicampurkan 2 sudu besar tepung gandum. (skema pulak ayat aku ye...) Dorang lumurkan kat muka jadi mcm masker...dan biar selama 10 minit... n apa lagi basuh la wehh... xboleh biar je.. nt kena gigit semut... hahha..  Kata dorang ni " ia akan memberikan kulit segar dan bercahaya"



Wanita Dominican
bawang putih menguatkan kuku rahsia cantik wanita dominican


Penah jumpa x Perempuan Dominican? (xpenah sebenarnya) tp menurut satu artikel yang dibaca kuku dorang nie sangat kuat dan bersinar..  Rahsianya dornag nie gunakan bawang putih.. haha pelik tp benar.. Bawang putih dipotong dan dicampurkan dengan nail polish dan dibiarkan selama 7 - 10 hari.. tp menurut artikel nie.. bau dia mmg pehhhh... menusuk hidung tp byk kebaikan dari bwg putih nie sebenarnya.. sifatnya sebagai agen antibakteria dan menguatkan kuku. ”


Wanita Mesir (Egypt)

mandi susu rahsia cleopatra

Rahsia kecantikan wanita yang bernama CLEOPATRA ialah mandi susu.. rasanya semua orang tahu kot... hehe... Cleopatra punya rahsia kecantikan dengan mandi susu mampu untuk melembutkan kulit n mengeluarkan sel-sel mati di badan... kalau rajin nak cuba amik 2 cawan susu tepung dan dicampurkan dlm air mandi.. hehehe.. kalau rasa mcm xbes je.. membazir susu beli lah produk mandian yg berasaskan susu...cubalah.. tp walau macam mana pun mesti mandi jgn sb xda produk berasaskan susu xnak mandi pulak hahaha..



Wanita Greek (Greece)

minyak zaitun rahsia cantik wanita greece

Wanita Greek sangat bertuah keran dianugerahkan dengan kulit Mediterannean, meaning kulit cerah tp mempunyai melanin yang cukup untuk menghalang dan menyerap sinaran UV yang memudaratkan... (betul kot.. kulit dorang mmg cantik) Walaupun kita nie kulit asia, mungkin kita boleh ikut cara dorang... ada beberapa faktor yg menyumbang ke arah kecantikan kulit dorang nie... Dorng nie makan ikan yang kaya lemak Omega-3 dan omega -6 selain dari buah-biahan n sayur-sayuran yang memberikan anti oksida n vitamin pada badan..... hmmm kena tukar diet nie.. haha. dan dorang nie gunakan minyak zaitun untuk makan n masak... hahaha.. tp agak mahal kan olive oil nie...

Wanita Jepun (Japan)

ini gambar sushi tp sebenarnya yang nak ditunjukkan ialah seaweed tu.. ahahaha rahsia wanita jepun yang cantik molek

Wanita dari negara matahari tertib.. (Ohayo gozaimas...) haha stil teringat perkataan tu bila masuk sushi king.. kalau da kita ckp pasal jepun mesti kita teringatkan Sushi kan... Sushi menggunakn rumpai laut atau nori (bhs jepunnya).. kata org japun seaweed nie menjadikan rambut wanita2 jepun nie cantik, panjang dan kembut sepeti sutera.. ewah.. khasiatnya pada nori atau seaweed nie.. mempunyai mineral iodin iaitu bahan yang boleh menjadikan rambut cantik dan tumbuh dgn sihat...Seaweed kaya dengan  iron, zinc, selenium and copper bagi menguatkan rambut.. boleh dibuat seperti pes n lumurkan pada rambut.. kalu x kita pegi makan kat sushi king... yum yum... lama nya xmakan sushi..!!

itu antara rahsia kecantikan wanita di luar dari malaysia.. kalau ada lagi nanti i tambah lagi hahahah... cau cin...